
Zuraidin tarik diri tanding Presiden PSM
KOTA BHARU, 10 Feb – Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) Zuraidin Abdullah menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan Sabtu ini.
Selain jawatan presiden, Zuraidin berkata beliau juga memutuskan untuk tidak bertanding bagi mengisi mana-mana jawatan pada mesyuarat berkenaan.
“Saya ingin memaklumkan dan membuat keputusan tidak bertanding untuk merebut jawatan presiden PSM pada AGM Sabtu ini.
“Keputusan ini adalah bagi memberi laluan kepada Presiden Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PERSEWIP) Datuk Mohd Sumali Reduan untuk menerajui PSM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zuraidin berkata keputusan menarik diri dibuat dengan mengambil kira semua perkara serta pandangan selain percaya dengan kewibawaan dan pengalaman Mohd Sumali untuk mentadbir badan itu dengan baik.
Zuraidin berkata GASTAK telah memutuskan untuk menyokong PSM bagi menangani segala isu sehingga persatuan itu dapat diterima semula oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
“Dengan keputusan ini juga saya akan memberi tumpuan lebih kepada GASTAK serta pembangunan sepak takraw di Kelantan,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...