Sorting by

×

ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

AYER KEROH 5 Januari – Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka ‘Night Safari’ lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi bersama seisi keluarga.

Tidak hairanlah ia menjadi antara destinasi pelancongan pilihan bersempena program Melaka Bila Larut Malam edisi pertama 2025, semalam.

Pengunjung Halili Haron, 50, dari Duyong berkata, program itu memberi peluang kepadanya dan keluarga untuk datang ke Zoo Melaka bagi melihat gelagat haiwan nokturnal pada waktu malam.

“Sebenarnya untuk program ini saya banyak kali sudah datang tempat yang tawarkan harga RM10 ini, cuma pembuka tahun 2025 saya memilih untuk datang ke Zoo Melaka.

“Bukan hanya tiket yang murah, malah melancong pada waktu malam juga memberikan suasana yang lebih tenang.

“Diharap program seperti ini diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada seluruh rakyat sama ada dalam atau luar negeri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Manakala Nurul Qayyum Nordin, 36, dari Klebang berasa sangat teruja dapat membawa anak-anaknya datang ke Zoo Melaka.

“Saya pilih datang pada waktu malam kerana mita boleh menaiki tram untuk mengelilingi Zoo Melaka sambil melihat pelbagai haiwan yang aktif pada waktu malam.

“Suasana pada waktu malam lebih seronok, sebagai ibu saya juga merasa teruja dan gembira dapat luangkan masa bersama anak-anak dan suami,” katanya.

Img 20250105 Wa0016
NURUL Qayyum bersama keluarganya datang Zoo Melaka sempena Melaka Bila Larut Malam edisi pertama 2025.

Bagi Rogayah Abu, 64, pula menyifatkan inisiatif Melaka Bila Larut Malam yang diperkenalkan Kerajaan Negeri berupaya menjadi menjadi penyumbang kepada lebih ramai pengunjung dan pelancong untuk datang ke Melaka.

“Ingat anak mahu bawa pergi memancing, rupanya datang Zoo Melaka, seronok juga luangkan masa di sini pada waktu malam.

“Tiket pun murah sahaja, jadi tidak rugi datang ditambah pula dapat menaiki tram percuma mengelilingi zoo,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

278
Kongsi :
Previous post KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
Next post RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
Ubah saiz-+=