
Zoo Melaka terbaik di Malaysia
AYER KEROH 31 Jan – “Setiap kali datang Zoo Melaka, mesti ada perubahan dan tarikan baru.
“Pembaharuan ini menyebabkan saya dan ramai lagi memilih Zoo Melaka sebagai persinggahan setiap kali bercuti di negeri ini,” kata pengunjung, Jared Ang, 36.
Dia menetap di Mont Kiara, Kuala Lumpur, mengakui, perubahan dan tarikan baru inisiatif pihak pengurusan menjadi antara penyebab Zoo Melaka menarik perhatian ribuan pengunjung khusus setiap kali musim cuti sekolah dan perayaan.
“Zoo Melaka terbaik di Malaysia, banyak tarikan seperti Taman Dinosaur sesuai untuk pengunjung datang bersama keluarga.
“Saya orang Melaka jadi sementara menunggu Sambutan Tahun Baharu Cina esok, saya luangkan masa di sini,” katanya.
Sementara itu, pengunjung dari Bangi, Selangor, Zulkifli Abd Majid, 41, singgah ke Zoo Melaka kerana mahu menunaikan permintaan tiga anaknya.
“Kali ini saya dapat tunaikan hasrat anak kerana kami merancang untuk ke sini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
“Kami bercuti selama dua hari di Melaka, selain zoo kami bercadang untuk melawat lokasi bersejarah dan tempat makan popular di negeri ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SUKAN MEMANAH TRADISIONAL BERKEMBANG DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 April - Sesuai dengan saranan agar umat Islam mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sukan memanah tradisional kini semakin...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI HIDANG MAKANAN LAUT
SUNGAI RAMBAI 15 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dijadualkan berlangsung di Homestay Pak...
KAK SOM OPTIMIS TUNAI MANIFESTO
PENGKALAN BATU 15 April - Pembinaan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) antara janji manifesto Pilihan Raya...
SELISIH FAHAM ANGKARA PARKIR, WARGA EMAS PATAH TULANG BELAKANG
ALOR GAJAH 15 April - Warga emas patah tulang belakang selepas ditolak seorang lelaki akibat perselisihan faham dalam kejadian di...
TYT HADIR MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BOMBA MELAKA
BUKIT KATIL 14 April – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Jalinan...
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...