
Zoo Melaka & Night Safari belanja RM200,000 sebulan untuk makanan haiwan- Shadan
AYER KEROH 8 Jun – Zoo Melaka & Night Safari membelanjakan RM200,000 sebulan bagi keperluan makanan harian haiwan di taman tema itu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, bagi menampung kos berkenaan pihaknya mengharapkan sumbangan orang awam yang prihatin mengenai nasib haiwan di zoo itu.
“Zoo Melaka sekarang memang agak terkesan bila tak boleh beroperasi, jadi apa yang kita sedang buat adalah memohon sumbangan orang awam kepada Zoo Melaka.
” Kita ada buka tabung sumbangan orang awam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, alhamdulillah ia dapat sambutan yang baik, jadi bolehlah bantu kita tampung sedikit kos ‘overhead’ di zoo nanti,” katanya ketika dihubungi MHI.

Katanya setakat ini lebih RM100,000 sumbangan berjaya dikumpulkan bagi membantu menyediakan makanan harian haiwan.
“Di Zoo Melaka & Night Safari ada kira-kira 500 haiwan, jadi dengan sumbangan yang terkumpul ni dapatlah kita sediakan makanan untuk haiwan-haiwan tersebut,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...