ZON BEBAS KENDERAAN MELAKA JADI CONTOH, IKUTAN NEGERI LAIN – MENTERI

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

BANDARAYA MELAKA 28 September – Melaka wajar diangkat sebagai contoh ikutan kepada negeri lain dalam pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkara itu berikutan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan itu sendiri sudah melangkaui pelbagai perkara membabitkan inisiatif hijau seperti pengurusan sisa pepejal dan penggunaan tenaga lebih cekap demi kelestarian alam.

Malah, beliau sering menjadikan Melaka sebagai contoh positif dalam ucapannya pada mana-mana program di negeri-negeri lain jika membabitkan kelestarian alam.

“Saya optimis dengan inisiatif yang diambil Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan pelbagai agensi terbabit dalam menjayakan Zon Bebas Kenderaan.

“Jika di Kuala Lumpur ada Car Free Morning selama tiga jam, namun Melaka mampu laksana untuk tempoh 54 jam di mana mungkin ada perbezaan untuk dibandingkan namun ia tetap pelaksanaan yang bijak dan positif.

“Saya juga dimaklumkan di tempat-tempat lain membabitkan daerah, kota dan kawasan lain sedang berusaha melaksanakan namun ia memerlukan kajian secara holistik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Hijau Melaka 2024 di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Ts. Mohd Hafizam Mustaffa dan kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, Shah Alam, Petaling Jaya dan Pulau Pinang antara lokasi yang akan dan sedang melaksanakan inisiatif Zon Bebas Kenderaan.

“Banyak tempat juga sedang berusaha untuk melaksanakan Zon Bebas Kenderaan dan menjadikan Melaka sebagai contoh utama dalam negara.

“Pelaksanaan ini sebagai satu alternatif kepada pembngunan yang terlalu berorientasikan kenderaan bermotor.

“Melaka sudah laksanakan uji kaji dan berjaya, manakala lokasi lain masih dalam tempoh percubaan. Jika ada yang mahu (laksana) boleh cuba untuk satu tempoh tertentu mungkin tidak 54 jam tapi mula dengan tempoh singkat dahulu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

101
Kongsi :
Previous post MUZIUM ALAM SEKITAR PERTAMA NEGARA DI MELAKA
Next post WTD 2025: GEORGIA SERAH ‘BATON’ KEPADA MELAKA
Ubah saiz-+=