Zon Bebas Kenderaan kurangkan karbon, pelancong lebih santai

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 26 Disember – Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan atau Car Free Zone yang dilaksanakan Kerajaan Negeri pada waktu ini adalah usaha ke arah memastikan Bandaraya Melaka sebagai bandar rendah karbon 2050.

Pelaksanaan itu merupakan antara inisiatif yang mampu menyumbang kepada pengurangan karbon.

Malah, penutupan jalan itu turut memberi peluang khususnya kepada pelancong untuk melihat bangunan bersejarah dan meluangkan masa lebih lama di kawasan tumpuan.

Peluang berjalan kaki menikmati pemandangan sekitar dan bersantai bagaikan memberi ‘kebebasan’ buat pengunjung dan pelancong untuk meluangkan masa di sekitar tapak warisan dunia UNESCO itu.

Whatsapp Image 2023 12 26 At 14.19.49
ANTARA peniaga di kawasan Zon Bebas Kenderaan.

Susulan pelaksanaan penutupan jalan yang dilaksanakan itu, pelbagai reaksi dan pandangan diterima sama ada dari peniaga mahupun orang ramai.

Ada di antara mereka menyambut baik pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan itu kerana ia menyumbang kepada persekitaran sihat tanpa kenderaan, sekaligus mengurangkan penggunaan karbon.

Keadaan itu juga memberikan ketenangan buat orang ramai kerana tiada bunyi bising serta keselamatan yang lebih terjamin.

Malah, ada di antara pelancong turut meluahkan rasa teruja kerana pelaksanaan itu turut diselitkan dengan pelbagai penganjuran program yang memeriahkan suasana sekitar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1623
Kongsi :
Previous post Lonjak minat pelajar kuasai STEM
Next post Pemuda liwat rakan sebilik ditahan
Ubah saiz-+=