Zon Bebas Kenderaan: 13 lokasi parkir kenderaan disediakan

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDA HILIR 28 Disember – Sebanyak 13 tapak parkir kenderaan telah disediakan sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan selama 54 jam bermula petang Jumaat hingga 12 tengah malam pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan, 13 lokasi itu ialah di parkir Medan Samudera, parkir Plaza Mahkota, parkir Dataran Pahlawan (MBMB dan ‘basement’), parkir hadapan Hospital Mahkota, parkir Hotel Casa Del Rio dan parkir sepanjang jalan lampu isyarat Mahkota.

Selain itu, ia turut membabitkan parkir Padang Nyiru, parkir Tabung Haji, parkir hadapan Hotel Yellow Mansion, parkir sepanjang Jalan Gereja, parkir sepanjang Jalan Chan Koon Cheng dan parkir di sepanjang jalan Jonker Street (Jalan Hang Jebat).

Menurut beliau, sepanjang tempoh Zon Bebas Kenderaan itu, jalan yang akan ditutup ialah sepanjang Jalan Laksamana bermula dari simpang Bangunan Madonna hingga ke Jalan Tun Khalil Yaakob menghala ke Menara Taming Sari.

Susulan penutupan itu, jelas beliau, terdapat dua laluan kontra telah dibuka iaitu bermula dari simpang Bangunan Madrasah Nurul Ehsan Banda Kaba hingga ke Jalan Bukit Cina (Simpang Puteri Hang Li Po).

“Manakala lokasi ‘No Right Turn’ berlaku di Simpang Jalan Melati, Banda Hilir,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Christopher, pengguna jalan raya diminta merancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan diminta mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan semasa trafik.

Katanya lagi, bagi orang ramai yang ingin membuat laporan kemalangan jalan raya, bolehlah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah atau ke balai-balai berhampiran iaitu Balai Polis Melaka Tengah, Balai Polis Tengkera dan Balai Polis Banda Hilir.

“Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian ‘hotline’ IPD Melaka Tengah di talian 06-2841999 atau berurusan di kaunter pondok polis pelancong di Jalan Lorong Hang Jebat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7077
Kongsi :
Previous post Pendidikan fleksibel sepanjang hayat
Next post Tumpuan angin dijangka berlaku di selatan Semenanjung mulai Sabtu
Ubah saiz-+=