‘Zirafah’ sambut murid depan pagar sekolah

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

PAYA RUMPUT 21 Mac – Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput, di sini, mencipta kelainan tersendiri apabila menyambut kehadiran murid Tahun 1 ke sekolah berkenaan dengan maskot zirafah.

Guru Pendidikan Khas, Mohd Shazreen Salim berkata dia menggunakan maskot haiwan itu sebagai salah satu inisiatif pihak sekolah bagi memujuk dan menarik murid tahun satu memandangkan hari ini merupakan hari pertama mereka bersekolah bagi sesi 2022/23.

“Penggunaan maskot ini bagi menarik minat murid-murid yang memulakan hari pertama sesi persekolahan.

“Selain itu, saya pakai maskot ini, murid-murid tidak taku dengan saya dan lebih mesra ketika saya menyambut kehadiran mereka, sebab ada juga yang menangis, jadi kita pakai maskot ini juga sebagai usaha memujuk mereka,” katanya yang sudah berada di pintu pagar sekolah tersebut seawal jam 6.45 pagi tadi.

MENYANTUNI murid Tahun 1 di SK Paya Rumput. Foto Iqmal Haqim Rosman

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati seawal 6.40 pagi, murid tahun satu tiba di sekolah tersebut dihantar ibu bapa masing-masing di luar pagar sekolah.

Hal ini berikutan negara masih lagi dalam situasi pandemik COVID-19, dan ibu bapa tidak dibenarkan menghantar anak hingga ke kelas berbanding sesi pembukaan sekolah sebelum pandemik.

Dalam pada itu, turut mendapati ibu bapa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu dan terdapat juga ibu bapa yang hanya melihat anak mereka dari jauh di pagar sekolah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1388
Kongsi :
Previous post 2.7 juta pelajar mulakan sesi persekolahan bersemuka hari ini – Radzi
Next post Dua bot karam, empat nelayan hilang
Ubah saiz-+=