Sorting by

×

ZIKIR ’23 ‘merakyatkan’ masjid

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER MOLEK 4 November – Lebih 1,000 menyertai Program Ziarah Kasih Rahmah Tahun 2023 (ZIKIR ’23) Peringkat Zon Selatan sempena Sambutan Bulan Wakaf Melaka di Masjid As-Salimin, Kandang, di sini, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, program yang bermula seawal Subuh itu dimulakan dengan Kuliah Subuh dan Dhuha bertujuan untuk ‘merakyatkan masjid’.

Katanya, program itu diteruskan lagi dengan Kayuhan Prihatin Wakaf di sekitar Ayer Molek.

“Sejumlah RM53,500 telah dimanfaatkan kepada mereka yang memerlukan menerusi program ini dan antara agihan yang dilaksanakan melibatkan sumbangan bakul makanan, petrol percuma dan dana wakaf kepada Masjid As Salimin untuk tujuan pembaikan ruangan solat wanita.

“Secara tidak langsung dengan adanya Pogram Kayuhan Rahmah Kasih 2023 memberi peluang kepada saya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman untuk beramah mesra dengan penduduk khususnya mereka yang datang hadir ke masjid-masjid.

“Ada empat buah masjid yang kita berhenti tadi semasa kayuhan kenapa kita berhenti di masjid sebab hasrat saya untuk ‘merakyatkan masjid’ iaitu menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan, pusat kebajikan, kesihatan dan pertemuan umat Islam di sini ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Program Ziarah Kasih Rahmah 2023 (Zikir ’23) Peringkat Zon Selatan sempena Sambutan Bulan Wakaf Melaka di Masjid As-Salimin, Kandang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Menerusi program tersebut Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sempena Sambutan Bulan Waqaf Peringkat Negeri Melaka.

Turut menerima manfaat, seramai 600 penerima terdiri daripada golongan B40 yang menerima Sumbangan Rahmah berupa kit makanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1556
Kongsi :
Previous post Tabung Kasih Rahmah di setiap masjid
Next post Melaka sumbang lebih RM200,000 kepada Palestin
Ubah saiz-+=