ZIANA ZAIN ANTARA EMPAT ARTIS KELAHIRAN MELAKA WARNAI PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

TANJUNG BIDARA 14 September – Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain antara empat artis tempatan kelahiran Melaka yang dijemput khas bagi memeriahkan Konsert Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024, malam tadi.

Ziana mempersembahkan lagi Sangkar Cinta, Anggapanmu serta medley terkini lagu-lagu popular beliau.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati pekarangan yang menempatkan pentas utama pada sambutan itu meriah dihadiri orang ramai sejak jam 7 malam.

Destinasi pelancongan Masjid Tanah itu telah dihadiri lebih kurang 10,000 pengunjung yang hadir memeriahkan konsert.

Konsert dimulakan sejurus selepas ketibaan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada jam 9 malam.

Img 20240914 234336 199
ZIANA Zain menyampaikan persembahan penuh bertenaga pada Konsert Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 di Pantai Tanjung Bidara, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, TPr. Saifuddin Abdul Karim, Pegawai Daerah dan Tanah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas serta tetamu lain.

Konsert dimulakan dengan persembahan artis kelahiran Melaka, Yassier Fikri dengan lagu keramat Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) iaitu Senandung Anak Melaka.

Selain Ziana Zain, artis tempatan kelahiran Melaka yang lain adalah Zamani, P Radhi selain Briged Seni Melaka turut menghiburkan pengunjung.

Img 20240914 235608 487
PERSEMBAHAN Zamani sempena Konsert Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024.
Foto Iqmal Haqim Rosman

Konsert berakhir tepat jam 11 malam diakhiri dengan persembahan bunga api.

Pesta Pantai Tanjung Bidara yang diadakan bermula Jumaat hingga Ahad menawarkan pelbagai aktviti menarik antaranya aktiviti membabitkan sukan pantai, sukan tradisional serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2171
Kongsi :
Previous post KONSERT PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH
Next post 2,000 MERIAHKAN FIT MALAYSIA MELAKA 2024
Ubah saiz-+=