
Zazuli dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu
PUTRAJAYA, 12 Julai – Datuk Zazuli Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baharu berkuat kuasa 8 Julai 2022, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.
Zazuli, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), menggantikan Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir yang tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 24 Mac 2022.
Mohd Zuki dalam satu kenyataan berkata Zazuli, 59, berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kawalan import eksport, pengurusan pematuhan, cukai barang dan perkhidmatan (GST), perkastaman dan percukaian.
“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimilikinya akan membolehkan beliau meneruskan aspirasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke arah pentadbiran kastam bertaraf dunia,” katanya.
Bagi pihak kerajaan, Mohd Zuki turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Abdul Latif atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA TERUS BERJASA, SUMBANG 40 BAKUL RAMADAN KEPADA ASNAF
JASIN 10 Mac - Bukan sekadar berjasa setiap kali berlaku bencana atau kecemasan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka...
PEGAWAI KESELAMATAN RUGI LEBIH RM300,000 DITIPU PHONE SCAM
CHUKAI 10 Mac - Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket ‘phone scam’....
PEMANDU MAUT TERSEPIT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA LORI
IPOH 10 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar belakang sebuah lagi lori dalam kemalangan di Kilometer...
DOKTOR BERKELAKUAN TIDAK SENONOH DITAHAN SEMULA SUSULAN LAPORAN POLIS KETIGA
GEORGE TOWN 10 Mac - Seorang doktor perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap...
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac - Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM)...
UBAH SUAI BOT LAMA JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
BANDARAYA MELAKA 10 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang mewujudkan produk baharu dengan membaik pulih serta...