Sorting by

×

Zakat Melaka sasar pungutan RM5 juta tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BUKIT PIATU 4 Mei. – Zakat Melaka menyasarkan menerima RM5 juta pungutan zakat fitrah tahun ini berbanding RM4.5 juta yang berjaya dikutip tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ibrahim Fadzil berkata, biarpun negara dilanda pandemik COVID-19 sasaran diyakini mampu dicapai dengan adanya kemudahan platfrom atas talian disediakan pihaknya sekali gus memudahkan pembayar melaksanakan ibadah itu.

“Biarpun jumlah bayaran zakat akan kita umumkan selepas Ramadan, namun melihat tren bayaran online yang semakin meningkat saya menjangkakan kita dapat capai sasaran itu dan ada peningkatan berbanding tahun lalu,” katanya.

IBRAHIM (tengah) bergambar bersama antara murid sekolah yang menerima bantuan pakaian raya pada program Pautan Kasih Ramadan di Gedung Jakel Euro@Moda, Bukit Piatu.

Beliau berkata demikian selepas Program Pautan Kasih Ramadan anjuran Zakat Melaka di Jakel Melaka di Bukit Baru di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, seramai 100 murid sekolah terpilih diraikan tahun ini dalam program yang dianjurkan dengan memberi peluang anak-anak terlibat memilih set pakaian raya seperti songkok, pakaian dan samping serta duit raya.

Menurutnya, program selama tiga hari diadakan secara berperingkat mengikut daerah bagi menggelakan kesesakan dalam kedai berkenaan selain memastikan setiap mereka mematahui SOP yang ditetapkan.

“Pada hari ini seramai 35 murid dari Melaka Tengah diraikan dan esok Jasin dan seterusnya Alor Gajah dengan peruntukan RM12,000.

“Kita berterima kasih kepada pembayar zakat di negeri ini dan berharap orang ramai yang berkemampuan mengambil peluang untuk membuat bayaran zakat tanpa menunggu saat akhir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

961
Kongsi :
Previous post Johor peruntuk RM6.4 juta selenggara kemudahan, pusat sukan SUKMA
Next post Sayu kali pertama terima pakaian raya berjenama
Ubah saiz-+=