YB-YB MELAKA ‘EASY TO ACCESS’

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 22 September – Rakyat tidak perlu risau untuk mengajukan sebarang permasalahan kepada kepimpinan negeri kerana wakil rakyat Melaka mudah diakses, kata Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Beliau berkata, pemimpin negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sentiasa mengamalkan pendekatan mesra rakyat bagi membantu menyelesaikan aduan dan permasalahan di negeri ini.

“Sebab itu zaman sekarang pentingnya ada media sosial kerana di situ kita akan berkongsi segala kerja yang dilakukan selain menerima aduan daripada masyarakat.

“Untuk berjumpa dengan semua rakyat mungkin tidak sempat, jadi apabila ada teknologi media sosial, kini ia lebih mudah untuk menjadi platform rakyat bertanyakan soalan dan berkongsi masalah.

“Ditambah pula kita di Melaka sekarang ini menjadi wakil rakyat ‘easy to access’, rakyat boleh mendapatkan nombor telefon kita dengan hanya menghubungi talian 06-3333333,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam Podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’ di Studio Melaka TV.

Dalam pada itu, Fairul Nizam turut berpesan kepada seluruh wakil rakyat di Melaka supaya tidak membanding-bandingkan pendekatan mereka dengan pemimpin lain dalam menyantuni rakyat.

“Jika rakan kita buat lebih baik daripada kita, jangan sesekali kita cemburu atas kebaikan dilakukan kerana saya percaya setiap daripada kita mempunyai cara tersendiri dan apa yang lebih penting adalah membantu dan berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

81
Kongsi :
Previous post 111 ANAK ALOR GAJAH SAMBUNG PENGAJIAN DAPAT SUNTIKAN SEMANGAT
Next post JETI NELAYAN KLEBANG BERWAJAH BAHARU
Ubah saiz-+=