YB pujuk anak Papai

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

MACHAP JAYA 29 Mac – Sebagai tanda prihatin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem turun padang melawat keluarga mediang lelaki masyarakat  Orang Asli yang meninggal dunia akibat parah di dada selepas dihempap pokok yang ditebang dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, 25 Mac lalu.

Hee Sem berkata, mangsa Ibrahim Ketum, 40, atau lebih mesra dengan panggilan Papai dalam kalangan penduduk setempat disahkan meninggal dunia pada jam 3 petang di Hospital Alor Gajah.

“Papai amat aktif dalam pelbagai aktiviti komuniti seperti kumpulan rukun tetangga (KRT) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Mendiang seorang yang ringan tangan, mudah jika kita mahu minta tolong, menyebabkan ramai terkesan selepas pemergiannya.

“Anak bongsu mendiang dikenali sebagai Safinaz berusia 12 tahun paling terkesan hingga tidak mahu ke sekolah. Kami akan terus memujuk anak ini agar kembali sekolah dan memberi semangat kepadanya.

“Apa dilakukan bukan sekadar tanggungjawab sebagai pemimpin, sebaliknya menghargai mendiang yang banyak berjasa kepada komuniti di sini,” katanya selepas menziarahi keluarga mendiang, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Hutan Percha Nizam Baharom.

HEE Sem menyampaikan sumbangan kepada keluarga mendiang Papai.

Pada lawatan sama beliau yang juga EXCO Perpaduan, Perhubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri turut menyampaikan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mendiang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

963
Kongsi :
Previous post Gagal lapor suapan, pembantu penguat kuasa KPDNHEP didenda RM2,000
Next post Mahkamah Singapura tolak rayuan Nagaenthran
Ubah saiz-+=