YB Along teruskan tradisi edar limau mandarin
MACHAP 31 Jan – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan mengambil inisiatif mengedarkan limau mandarin kepada masyarakat Cina di Taman Seri Pengkalan di sini, semalam.
Katanya, selain bertanya khabar dan mendengar permasalahan penduduk inisiatif itu menjadi simbol keharmonian dan hubungan erat antara kaum.
“Sebanyak 50 kotak limau mandarin diagihkan dari rumah ke rumah, inisiatif ini sudah macam satu tradisi sejak dimulakan lima tahun lalu.
“Mengikut kepercayaan orang Cina acara mengedarkan limau mandarin umpama membawa nasib yang baik,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI).
Fairul turut menyatakan penghargaan kepada penduduk Taman Seri Pengkalan yang membantu dan menyambut baik program dianjurkan.
“Saya gembira kerana dapat bertemu dan berbual dengan masyarakat Cina di Taman Seri Pengkalan dan ada dalam kalangan mereka masih mengenali saya walaupun setelah sekian lama tidak bersua,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
W.R.U.R MEDAN PERKASA USAHAWAN
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menjadi medan buat Kerajaan Negeri memperkasakan usahawan perusahaan mikro,...