
Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang peralatan perubatan RM28 juta
JOHOR BAHRU, 5 Mac – Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura menyumbang pelbagai peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta dalam usaha berterusan mencegah penularan wabak COVID-19.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.
Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sultan Ibrahim dalam catatan di Facebook baginda bertitah Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 400 unit ventilator ‘non-invasive’ (BIPAP) bernilai lebih RM8 juta, manakala Jabatan Kesihatan Johor menerima pelbagai peralatan perubatan bernilai lebih RM10 juta.
Peralatan perubatan diterima Jabatan Kesihatan Johor antaranya pelindung muka, pelitup muka KN95, ventilator, mesin dialisis, ‘swabbing mobile’ dan BIPAP.
Beberapa peralatan perubatan lain juga telah disampaikan kepada Jabatan Kesihatan Johor sebelum ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...