
Yayasan Melaka sahut seruan Bulan Kebangsaan
BANDAR MELAKA 16 Ogos – Yayasan Melaka akan memastikan semua premis di bawahnya menyahut seruan kerajaan agar mempamerkan semangat patriotik sempena kemerdekaan ke-65 tahun ini.
Pengurus Besarnya Datuk Yusof Jantan berkata, kesemua premis miliknya termasuk Wisma Yayasan Melaka, institusi pengajian tinggi, kolej kediaman dan asrama pekerja akan dipastikan mengibar Jalur Gemilang dalam menunjukkan semangat cintakan negara.
“Kita menyahut seruan kerajaan dalam menyemarakkan hari kemerdekaan dan pada masa sama menunjukkan keprihatinan Yayasan Melaka terhadap semangat Keluarga Malaysia.
“Ia bertepatan dengan mana-mana organisasi yang perlu mengamalkan sikap kebersamaan untuk mencapai kejayaan di masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Yayasan Melaka di Wisma Yayasan Melaka, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, kira-kira 100 warga kerja Yayasan Melaka hadir menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan simbolik menyanyikan lagu Patriotik, selain penyerahan bendera kepada semua warga kerja dan kenderaan syarikat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...