Sorting by

×

Yakult tingkat kesedaran orang ramai tentang penyakit tidak berjangkit

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

MUAR 19 Jun – Kempen Kesedaran Penyakit Berjangkit anjuran Yakult (M) Sdn Bhd dengan kerjasama KPJ Bandar Maharani, di sini, Ahad lalu, mendapat sambutan masyarakat awam yang mula menyedari kepentingan menjaga kesihatan.

Kempen berkenaan adalah projek komuniti keempat tahun ini yang menekankan komitmen komuniti dalam penjagaan kesihatan secara menyeluruh, selain bertujuan untuk mendidik peserta untuk melaksanakan pencegahan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti.

Selain itu, kempen tersebut juga memberi tumpuan kepada peranan probiotik dalam menyokong fungsi usus.

Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd, Hiroki Yanase berkata, kempen berkenaan menyaksikan penyertaan menggalakkan bukan sahaja daripada para peserta malah daripada pempamer yang mengambil bahagian.

Selain itu, katanya, ia turut melibatkan penceramah yangberkongsi kepakaran masing-masing mengenai pencegahan serta pengurusan penyakit tidak berjangkit.

“Yakult merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam kempen tersebut di atas usaha mereka untuk turut bersama menyebarkan kesedaran penyakit tidak berjangkit dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat di kalangan masyarakat setempat.

“Kami gembira dengan sambutan yang menggalakkan untuk Kempen Kesedaran Penyakit Tidak Berjangkit yang dianjurkan ini. Ini menunjukkan bahawa penduduk di kawasan ini berminat untuk meningkatkan kesihatan dan menjaga kesejahteraan mereka.

“Sejajar dengan falsafah korporat syarikat, kami akan meneruskan usaha untuk menyumbang kepada kesihatan dan kegembiraan orang ramai”, ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Yakult akan terus komited dalam menangani isu penyakit tidak berjangkit di Malaysia pada masa hadapan dan memperkasakan peranannya dalam mendidik individu untuk membudayakan gaya hidup yang sihat dengan menganjurkan program sebegini, selain memupuk kerjasama dengan rakan kolaborasi seperti KPJ Bandar Maharani, Muar.

“Dengan penganjuran program sebegini, Yakult berharap agar masyarakat setempat dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh dan turut menjadi duta gaya hidup yang sihat dengan menyebarkan mesej kesihatan kepada seramai orang yang boleh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1435
Kongsi :
Previous post Kereta mewah antara 29 kenderaan dilelong JPJ Melaka, 11 Julai ini
Next post Polis keluar tiga saman, lerai pergaduhan ‘rider’ dengan orang awam
Ubah saiz-+=