Xavier keluar parti serta-merta
SHAH ALAM, 13 Mac – Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Naib Presiden dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Xavier berkata susulan apa yang berlaku pada tahun lepas dan beliau amat kecewa.
Beliau berkata terdapat parti-parti yang membincangkan mengenai kemungkinan pilihan raya walaupun ini tidak perlu atau dapat dilaksanakan pada masa ini.
“Keutamaan kita sekarang ini adalah untuk menyokong kerajaan dalam mengekang pandemik COVID-19, mewujudkan pekerjaan serta mendapatkan dana untuk membangun semula ekonomi.
“Perlu sekurang-kurangnya 18 bulan untuk menyelesaikan program vaksinasi dan lebih dua tahun untuk ekonomi pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di akaun Twitter rasminya.
Beliau berkata usaha kerajaan itu memerlukan sokongan bipartisan bagi memastikannya dapat dilaksanakan dengan jaya.
“Rakyat mahukan kestabilan untuk memulakan semula sektor ekonomi kita yang teruk. Oleh itu, kita perlu bekerjasama, bukan melawan antara satu sama lain,” katanya.
Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu juga berkata beliau akan berkhidmat di kawasannya dan menyokong kerajaan sebagai Anggota Parlimen Bebas.
“Saya yakin dapat menunaikan janji pilihan raya saya kepada rakyat Kuala Langat,” tambahnya.-BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
AKHIRNYA SUAMI, ISTERI TINGGAL DALAM KHEMAH SETUJU PINDAH KE RUMAH SEWA
BEMBAN 19 Disember - Kekangan kewangan bukan sahaja membantutkan impian mereka untuk memiliki kediaman sendiri, malah memaksa pasangan ini berteduh...
16 AGENSI KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BERNILAI RM4.642 JUTA
AYER KEROH 19 Disember - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menerima serahan Zakat Perniagaan...
MELAKA TERIMA KUTIPAN ZAKAT LEBIH RM120 JUTA TAHUN 2024
AYER KEROH 19 Disember - Melaka merekodkan kutipan zakat lebih RM120.3 juta setakat 18 Disember, meningkat sebanyak 4.223 juta atau...
MASUK PERCUMA, MACAM-MACAM ADA DI FESTIVAL HALAL ANTARABANGSA MELAKA
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Orang ramai berpeluang mengunjungi Festival Halal Antarabangsa Melaka 2024 (MIHF'24) secara percuma bagi mendapatkan produk-produk...
PELAYARAN MINI AMAZON, SEA CRUISE ANTARA PRODUK BAHARU MELAKA TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal meluncurkan beberapa produk tarikan baharu dalam usaha...
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...