
WUJUDKAN SEMBILAN LAGI NADI DI MELAKA
AYER KEROH 22 Oktober – Sebanyak sembilan lagi kemudahan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bakal dibangunkan di beberapa lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sudah dikenal pasti sekitar Negeri Melaka.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, terbaharu kemudahan NADI di Kota Laksamana dijangka siap sepenuhnya pada 29 Oktober ini.
Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata, sementara itu sebanyak lapan lagi NADI kini sedang dalam proses untuk diwujudkan dibeberapa DUN yang sebelum ini belum lagi mempunyai kemudahan itu.
“Lapan lagi NADI yang dicadang untuk diwujudkan ketika ini masih pada peringkat prosedur dan perjanjian yang belum lagi diselesaikan.
“Kemudahan NADI ini akan melibatkan bangunan-bangunan kerajaan, jadi proses ini dijangka akan mengambil sedikit masa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Untuk rekod, setakat ini sebanyak 30 NADI telah beroperasi sekitar Melaka iaitu 14 NADI di daerah Alor Gajah, 11 di daerah Jasin dan lima di daerah Melaka Tengah.
Mengulas lanjut, Fairul Nizam optimis perkhidmatan NADI yang dilaksanakan di setiap DUN itu bakal meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...