
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April – Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memaklumkan, sesi pra pelancaran itu akan diadakan pada Jun depan dengan duta-duta besar dari 159 buah negara akan dijemput pada majlis tersebut.
“Saya yakin, pemilihan Melaka sebagai tuan rumah acara global ini akan melonjakkan status negeri ini sebagai pusat pelancongan unggul.
“Ia bukan sahaja dalam bidang sejarah dan warisan, tetapi juga dalam pelancongan kesihatan, sukan, kulinari dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Usul Terima Kasih Yang di-Pertua Negeri Melaka di Persidangan Pertama, Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.
Menurut Ab Rauf, bagi memastikan kelancaran menjayakan WTD dan WTC 2025, Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah sekretariat yang dikenali sebagai Sekretariat World Tourism Melaka.
Jelas beliau, sekretariat itu akan memainkan peranan dengan memperkukuh sinergi bersama semua pemain industri pelancongan termasuk agensi dan syarikat swasta,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.