Sorting by

×

WRUR: RM5.3 JUTA DISALUR UNTUK KEBAJIKAN WARGA PENGKALAN BATU

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

PENGKALAN BATU 10 Februari – Sejumlah RM5.3 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi bantuan kebajikan kepada penduduk kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu.

Jumlah itu akan disalur secara berperingkat sepanjang dua minggu berlangsungnya program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata, bantuan kebajikan itu merangkumi pelbagai skim, antaranya bantuan lampin pakai buang dewasa, susu untuk pesakit terlantar, bantuan alat tiruan dan kad orang kurang upaya (OKU).

Menurutnya, program kebajikan disusun sebagai pembuka tirai WRUR Pengkalan Batu, bersesuaian dengan portfolio dipegangnya sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri.

“Alhamdulillah ini merupakan satu sejarah untuk DUN Pengkalan Batu apabila program kebajikan menjadi pembuka tirai kepada WRUR yang berlangsung selama dua minggu.

“Insya-Allah sepanjang program ini berlangsung kita akan memastikan aspek sentuhan rakyat diberi tumpuan, selain memastikan tidak ada keciciran daripada menerima manfaat menerusi program ini,” katanya yang ditemui selepas Majlis Pelancaran WRUR DUN Pengkalan Batu di Dewan Japerun Pengkalan Batu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Pada majlis sama, Kalsom bersama kenamaan telah menyampaikan bantuan kebajikan kepada 173 penerima.

Beliau kemudian memulakan konvoi Kembara Kak Som bersempena WRUR dengan mengadakan ziarah kasih di tujuh kediaman keluarga yang memerlukan bantuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

142
Kongsi :
Previous post RM85.3 JUTA PERKASA PEMBANGUNAN HAL EHWAL ISLAM DI MELAKA – KM
Next post 29 USAHAWAN ZAKAT MAIM TERIMA GERAN RM350,000