Sorting by

×

WRUR: 200 PELAJAR TERIMA SUMBANGAN ‘BACK TO SCHOOL’ MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

PENGKALAN BATU 10 Februari – Seramai 200 pelajar kurang berkemampuan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima sumbangan ‘Back To School’, hari ini.

Sumbangan itu diadakan bersempena Sambutan Hari Perbandaran MPHTJ Ke-15 dan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu yang diadakan selama dua minggu, bermula hari ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, ia merupakan program amal bagi membantu pelajar dalam kalangan keluarga B40 membuat persediaan kembali ke sekolah.

“MPHTJ melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini untuk membantu pelajar dalam tujuh DUN kawasan pentadbirannya untuk kembali ke sekolah.

“Selain menerima sumbangan penaja, pelajar ini turut diberikan kelengkapan sekolah seperti beg, alat tulis dan wang tunai RM50,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Back To School sempena Sambutan Hari Perbandaran MPHTJ Ke-15 dan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pengkalan Batu di Dewan Japerun Pengkalan Batu, di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin dan Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron.

Rais berkata, insiatif itu perlu menjadi contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain supaya melaksanakan program CSR dalam kawasan pentadbiran mereka.

“Sebelum ini kita buat di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), kali ini di DUN Pengkalan Batu pula iaitu di bawah MPHTJ.

“Terima kasih kepada Datuk Kalsom atas kesudian beliau menganjurkan program ini bersama-sama dengan pihak MPHTJ.

“Kita berharap PBT-PBT lain yang ada akan mencontohi perkara yang sama dan akan diadakan juga program ‘Back to School’ ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

123
Kongsi :
Previous post TIADA KOMPROMI TERHADAP KETIRISAN, SALAH GUNA KUASA – KM
Next post FAHAMI, SELAMI DENYUT NADI RAKYAT