Wonderkidz ceriakan 40 anak yatim Darul Aitam

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

TELOK MAS 10 Jun – Lebih 40 anak yatim Madrasah Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam diceriakan dengan kehadiran pelajar Asasi tahun akhir  jurusan Perniagaan (Business School) Kolej Yayasan Saad (KYS) di madrasah tersebut di Pernu hari ini.

Seramai 28 pelajar mengunjungi madrasah tersebut bagi menjayakan Program Wonderkidz “Where playing is learning”.

Menurut Pengarah Program Wonderkidz, Rina Karmila Roslizan, 19, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut merupakan satu projek yang dijalankan di bawah subjek Komuniti Servis.

Jelasnya, antara objektif program terbabit adalah untuk memberi nilai tambah dalam kehidupan seharian kanak-kanak di madrasah tersebut.

“Menerusi Program Wonderkidz ini terdapat tiga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Lip Lap Wonderlight: Wondershow, Lukisan Berkarat dan Penang Bridge is Falling Down: Protect The Queen.

“Yang mana kanak-kanak ini hanya perlu bermain sahaja dan ‘enjoy’ setiap permainan, di mana kita mahu mengajar erti setia kawan, bekerjasama dan nilai-nilai moral lain yang dapat dipelajari menerusi setiap permainan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

IMG_8227
Pengarah Program, Rina Karmila Roslizan, 19 ditemui sempena Program kemasyarakatan ‘Wonderkidz’ Pelajar KYS Business School di Madrasah Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Pernu. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Rina Karmila berkata menerusi Wonderkidz yang dijalankan seharian bermula dari jam 8 pagi hingga jam 3 petang ini semuanya berjalan lancar.

Menurutnya, rata-rata kanak-kanak yang terbabit menunjukkan reaksi positif sepanjang program berlangsung.

“Menerusi Wonderkidz ini juga, kami turut menyerahkan RM2,000 kepada pihak madrasah sebagai sumbangan kebajikan dan kesemua kanak-kanak yang terlibat hari ini turut menerima buah tangan,” katanya.

IMG_8226
Sekitar aktiviti bersama peserta sempena Program kemasyarakatan ‘Wonderkidz’ Pelajar KYS Business School di Madrasah Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Pernu. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2942
Kongsi :
Previous post SWM sedia gabung IPT perkasa kesedaran kitar semula
Next post Penunggang motosikal maut, tiga cedera, pokok tumbang di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu
Ubah saiz-+=