
Wisma Persekutuan ditutup tiga hari
AYER KEROH 23 Jun – Bangunan Wisma Persekutuan di Jalan MITC, di sini ditutup tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat susulan terdapat kes positif dikesan membabitkan kakitangan yang berkhidmat di bangunan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu.
Katanya, setakat ini empat individu membabitkan pengawal dan pekerja pembersihan dikesan positif.
“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masih mengenal pasti kontak rapat bagi menjalani saringan dan perkembangan mengenai kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.
Terdahulu, notis perintah tutup premis yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah ditampal di pintu kaca bangunan berkenaan memaklumkan kerja sanitasi akan dibuat di seluruh premis terbabit serta langkah pencegahan diambil JKN bermula jam 2 petang tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...