Sorting by

×

Waspada tragedi kepala air di air terjun Asahan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

MASJID TANAH 7 Julai – Orang ramai bercadang berkhemah atau berkelah di Taman Rekreasi Laman 3 Budaya, Asahan, dinasihatkan agar sentiasa berwaspada bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa insiden kepala air.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim, menasihatkan pengunjung agar segera meninggalkan lokasi itu jika berlaku hujan atau mengesan tanda-tanda bakal berlaku kepala air.

Katanya, semua pihak perlu mengambil iktibar beberapa insiden kepala air dilaporkan sebelum ini yang turut membabitkan korban nyawa.

“Semua maklum insiden sama berlaku baru-baru ini di Terengganu. Susulan itu APM seluruh negara meningkatkan pemantauan di kawasan jeram dan air terjun yang berisiko berlaku risiko kepala air.

“Ibu bapa jangan leka atau lalai,  kerana kepala air boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan gimik pelepasan wakil APM Melaka ke Pertandingan Civil Defense Lifeguard Challenge (CDLC) di Pejabat Unit Pertahanan Awam Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, meskipun tiada stesen pemantauan menempatkan anggota di kawasan berkenaan, APM Jasin sentiasa bersedia sekiranya berlaku kecemasan.

“Kebiasannya kalau berlaku kecemasan kumpulan pertama disertai empat anggota akan dikejarkan ke lokasi. Kemudian disusuli kumpulan bantuan lebih besar lengkap dengan kelengkapan bersesuaian misi menyelamat bakal dilaksanakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9914
Kongsi :
Previous post APM Melaka uji ketahanan fizikal pada pertandingan CDLC
Next post El Nino dijangka meningkat hujung 2023 hingga awal 2024 – MetMalaysia
Ubah saiz-+=