
Wartawan Sin Chew Daily Kedah meninggal dunia
ALOR SETAR 4 Jan – Seorang wartawan akhbar bahasa Cina ditemukan meninggal dunia dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya di sini, petang semalam.
Wartawan Sin Chew Daily, 44 ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam dalam kereta miliknya yang diparkir di hadapan pasar raya berkenaan kira-kira jam 4 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri dalam kenderaannya,” katanya seperti laporan Utusan.
“Ketika ditemukan, enjin kereta itu masih hidup. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah di lokasi kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...