![190627520 10158486164506243 6956941574436075206 N](https://www.melakahariini.my/wp-content/uploads/2021/05/190627520_10158486164506243_6956941574436075206_n.jpg?v=1622280876)
Wartawan diharap terus tabah laksana tugas ketika penularan COVID-19
Masa Membaca:29 Saat
KUALA LUMPUR 29 Mei – Wartawan di negara ini diharapkan terus tabah dalam melaksanakan tugas khususnya ketika Malaysia berdepan penularan wabak COVID-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, wartawan memainkan peranan penting sebagai jambatan maklumat kepada masyarakat.
Sambil berterima kasih kepada wartawan, Saifuddin turut mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di Malaysia.
“Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua wartawan di seluruh negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.
Bermula pada 2018, tarikh 29 Mei setiap tahun diumumkan sebagai Hari Wartawan Nasional.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
318