Sorting by

×

WARISAN MELAYU MELAKA DIPERLUAS HINGGA NUSANTARA

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 13 November – Warisan Melayu Melaka bukan sahaja membentuk landskap budaya dan sosial di negeri ini, bahkan memberi impak besar terhadap perkembangan sejarah dan kebudayaan di Nusantara.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Erne Hamsah berkata, Melaka sebagai bandar bersejarah yang kaya dengan khazanah budaya yang tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh dan sumbangan besar masyarakat Melayu.

“Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan legasi ini dipelihara dan diperkukuhkan supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Warisan Budaya Melayu Melaka 2024 yang dirasmikan Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahmandi sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan dan lain-lain kenamaan.

Menurut Erne, simposium itu bertujuan menghimpunkan pakar-pakar akademik dan penggiat budaya untuk membincangkan aspek warisan budaya Melayu Melaka.

“Antara dibincangkan adalah dari sudut sejarah, seni, adat resam, bahasa dan segala aspek yang menjadikan Melaka sebuah pusat kebudayaan unik di mata dunia.

“Diharap perbincangan ini dapat memberi ruang untuk kita merancang langkah memartabatkan budaya Melayu dan memperkukuh jati diri bangsa dalam era globalisasi yang serba mencabar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

220
Kongsi :
Previous post MELAKA MILIKI ‘AURA’ GAMIT PEMINAT RXZ
Next post TAUHU HALALAN TOYYIBAN, AIR TANGAN BEKAS JURURAWAT
Ubah saiz-+=