
Waris mendiang Keng Tong dicari
PENGKALAN BATU 30 Jun – Hospital Melaka (HM) memohon orang ramai membantu mengesan waris bagi seorang pesakit warga emas yang telah meninggal dunia dan tidak dituntut keluarga hampir seminggu lalu.
Menerusi kenyataan dikeluarkan hospital terbabit, warga emas lingkungan 60-an dikenali Lim Keng Tong telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma pada 23 Jun lalu sekitar jam 9 malam dan telah meninggal dunia pada jam 1.35 pagi disebabkan jangkitan kuman.
“Menerusi dokumen pengenalan diri mendiang menetap di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, namun sehingga hari ini masih belum ada waris yang hadir ke hospital ini.
“HM memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan waris mahupun kenalan rapat mendiang dan boleh menghubungi di Unit Perhubungan Awam HM di talian 06-2892344.
Views:
Related


Berita Lain
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PRODUK PELANCONGAN BAHARU
AYER KEROH 18 Mac - Beberapa produk pelancongan baharu bakal memeriahkan sektor pelancongan negeri Melaka bersempena negeri ini bagi menggamit...
LEBIH 2,000 PENJAWAT AWAM MELAKA DIRAI PADA MAJLIS IHYA RAMADAN
AYER KEROH 18 Mac - Lebih 2,000 penjawat awam di negeri ini diraikan dalam Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam...
SENTIASA PANTAU, SELENGGARA LONGKANG DIPENUHI SAMPAH
AYER KEROH 18 Mac - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Jabatan Pengairan Saliran dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan...
964 JUALAN RAHMAH DI MELAKA, CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM37 JUTA
AYER KEROH 18 Mac - Melaka terus mengorak langkah dalam membantu rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dengan menganjurkan...
MELAKA LAKAR LEBIH 90 KEJAYAAN DALAM TEMPOH DUA TAHUN
AYER KEROH 18 Mac - Tanggal 31 Mac depan genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
SISA PEPEJAL MENURUN, SISA MAKANAN MENINGKAT DI TAPAK PELUPUSAN
AYER KEROH 18 Mac - Jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 2.7...