Warga Politeknik Merlimau memilih

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

MERLIMAU 29 Mac – Seramai 4,000 pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi secara dalam talian pada Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 2021/2022 .

Pengarahnya, Norizam Sekak berkata PRK kali ini merekodkan jumlah mengundi tertinggi iaitu sebanyak 94.79 peratus.

“Disebalik kekangan COVID-19, alhamdulillah PRK PMM pada kali ini mencatat peratusan paling tinggi berbanding tahun sebelumnya. Syabas kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) PMM diketuai Zan Aizuwan Zainal Abidin selaku Ketua Jabatan.

“Saya berharap pihak HEP juga dapat mengorak langkah membantu pelajar dalam aspek UNDI18 yang ketika ini sebahagian besar pelajar PMM layak mengundi pada Pilihan Raya  Negeri mahupun Umum.

“Tahniah kepada semua calon yang berjaya dipilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2021/2022,” katanya, ketika mengumumkan keputusan PRK PMM pada 24 Mac lalu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Akademik) PMM, Mohamad Kelana Juwit.

Norizam berkata, PRK itu secara tidak langsung menjadi cerminan selain memberi persediaan kepada pemimpin pelajar sebagai pelapis masa hadapan.

NORIZAM semasa mengumumkan keputusan pemenang PRK PMM.

Sementara itu, Zan Aizuwan pula berkata pihaknya akan mengadakan majlis penyerahan watikah pelantikan MPP bagi membolehkan wakil dipilih menjalankan tugas secepat mungkin.

“InsyaAllah, PMM akan percepatkan pelantikan watikah kepada para pelajar ini dan program pemantapan akan dilaksanakan di sekitar Negeri Melaka untuk mencari calon paling sesuai sebagai Yang Di-Pertua (YDP) MPP.

“Pencapaian peratusan keluar mengundi ini juga merupakan kejayaan bersama antara pihak pengurusan PMM, Ketua-Ketua Jabatan serta buat semua pelajar PMM,” katanya.

Pada PRK itu seramai 24 calon telah memenangi Kerusi Sektor, manakala seramai tujuh calon dipilih bagi mengisi Kerusi Umum yang akan membentuk Ahli Majlis Tertinggi MPP.

Kesemua calon itu terdiri daripada wakil lima jabatan akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti.

Proses pengundian dibuka bermula jam 8 pagi dan ditutup pada 4 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2097
Kongsi :
Previous post Pembukaan sempadan: PGA telah diatur gerak, pantau kawasan pintu masuk
Next post 72 lokasi bazar Ramadan beroperasi di KL mulai Ahad ini
Ubah saiz-+=