Sorting by

×

Warga pendidik disaran tingkat ilmu bidang IT & pendigitalan

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 9 Dis. – Warga pendidik disaran meningkatkan ilmu pengetahuan baharu menerusi bidang teknologi maklumat (IT) dan pendigitalan selari era masa kini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, penguasaan bidang baharu itu memudahkan warga pendidik melaksanakan amanah yang diberikan.

“Ini selaras dengan misi kerajaan negeri yang berasaskan perkataan TERAS bagi memperluas inisiatif pintar dan pemerkasaan data dalam agenda pembangunan negeri.

“Matlamat pendidikan hari ini untuk memastikan kemenjadian murid berteraskan aspek 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan manusiawi,” katanya.

BARISAN wakil sekolah yang hadir bergambar bersama sejurus selesai majlis tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Biasiswa Melaka, Anugerah Sekolah dan Pelajar Cemerlang Parlimen Hang Tuah Jaya, Kota Melaka, Tangga Batu dan Jasin Tahun 2019 di D’Village Resort, di sini, hari ini.

Jelasnya, kerjasama kukuh semua pihak penting bagi membantu pihak sekolah dalam memastikan kejayaan murid dicapai.

“Diharap anugerah ini menjadi motivasi bagi mengekalkan momentum kecemerlangan kurikulum atau kokurikulum pelajar di negeri ini,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Pendidikan
Pengajian Tinggi Teknikal & Vokasional Sains dan Inovasi, Datuk Noor Effandi Ahmad; Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem), Mustafa Musa dan lain-lain kenamaan.

Pada majlis itu, sejumlah RM927,000 diperuntukkan melibatkan 1,545 pelajar bagi menerima biasiswa Melaka, anugerah sekolah dan pelajar cemerlang tahun 2019 di negeri ini.

Daripada jumlah itu, 10 sekolah dari Parlimen Hang Tuah Jaya, 20 sekolah Parlimen Kota Melaka, 10 sekolah Parlimen Tangga Batu dan 14 sekolah Parlimen Jasin.

Manakala bagi anugerah sekolah cemerlang melibatkan 749 pelajar dengan peruntukan RM134,500.

Views:

680
Kongsi :
Previous post COVID-19: Melaka sedia 16 insentif berjumlah RM19.44 juta
Next post Belanjawan Melaka: Adly dakwa ia bajet yang besar
Ubah saiz-+=