Warga emas tipu urus vaksinasi COVID -19
SEMPORNA 20 Sept. – Polis menahan seorang lelaki warga emas di Taman Kanak-Kanak Pekan Semporna, di sini pada Jumaat lalu setelah disyaki terlibat dengan penipuan vaksinasi COVID-19.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Farhan Lee Abdullah berkata, suspek warga tempatan berusia 61 tahun yang tidak bekerja itu ditahan pada 2.35 petang.
“Suspek menawarkan perkhidmatan mengurus vaksinasi di Dewan Masyarakat Semporna dengan bayaran RM20 setiap seorang dan setakat ini dikesan terdapat 16 mangsa penipuan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis memandang serius perkara itu sama ada membabitkan individu atau sindiket yang cuba mengambil peluang menjalankan penipuan dengan menawarkan perkhidmatan vaksinasi berbayar.
“Kerajaan Malaysia memberikan vaksinasi secara percuma dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak terlibat,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Farhan meminta 16 mangsa yang terlibat itu agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohamad Hayazi Hariff Fazilah di talian 017-895 4967 atau 089-782020.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MOTAC SIASAT SYARIKAT PELANCONGAN GAGAL TERBANGKAN JEMAAH UMRAH
PUTRAJAYA, 15 Jan - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa...
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...