
Warga emas rugi hampir RM0.5 juta diperdaya ‘parcel scam’
SEREMBAN 31 Ogos – Perkenalan seorang warga emas dari Port Dickson dengan seorang wanita di laman sosial sejak Jun tahun lepas, membawa padah kepadanya apabila beliau kerugian kira-kira RM400,000 akibat diperdaya sindiket parcel scam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata, pesara lelaki berusia 78 tahun itu mendakwa telah berkenalan dengan seorang wanita bernama Velostin Tina, dari Amerika Syarikat di Facebook.
Menurut Aibee, mangsa dijanjikan kiriman bungkusan dipercayai wang bernilai lebih RM60 juta (1.5 juta USD), yang akan dihantar menerusi perkhidmatan kurier ke negara ini.
“Wanita itu berjanji akan datang ke Malaysia dan memberi 30 peratus daripada wang itu kepada mangsa. Dalam proses untuk mendapatkan bungkusan tersebut, mangsa telah membayar beberapa kos kastam dan cukai ke lima akaun bank yang berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata lelaki berkenaan berasa ditipu setelah diminta untuk membayar sebanyak RM479,250 lagi kepada wanita itu, sedangkan bungkusan yang dijanjikan masih belum diterima.
Aibee berkata, mangsa telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Views:
Related


Berita Lain
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...