
Warga emas rentung kereta terbakar langgar pokok
MIRI 2 Sept – Seorang lelaki warga emas rentung apabila kereta jenis Honda dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Taman Awam di sini, lewat malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira 10.50 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya mayat mangsa Tan Kaw Tee, 61, ditemukan di dalam kereta itu selepas operasi memadam kebakaran berjaya dilakukan.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan itu.
Menurut beliau laporan awal mendapati bahawa kemalangan dipercayai berlaku setelah kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok sebelum terbakar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
41 HOTEL, DUA KILANG AIS DIBERI NOTIS ATAS PELBAGAI KESALAHAN
AYER KEROH 5 Mac - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengeluarkan 36 notis yang turut membabitkan 14 kompaun bernilai RM6,950...
HOTEL MITC ‘BELANJA’ 60 MURID SRA JAIM MERLIMAU PASIR BERBUKA PUASA
AYER KEROH 5 Mac - Seramai 60 murid Sekolah Rendah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Merlimau Pasir disantuni pada...
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...