Sorting by

×

Warga emas Orang Asli antara 20 penerima MyKad gantian JPN

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

ASAHAN 5 Ogos – Warga emas berusia 75 tahun antara 20 Orang Asli menerima sijil kelahiran dan MyKad gantian baharu pada Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata warga emas terbabit, Musang Binti Amat adalah penerima istimewa MyKad gantian di mana usianya 75 tahun sama dengan simbolik kepada Sambutan Jubli Intan 75 tahun JPN pada tahun ini.

Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, daripada jumlah penerima itu 10 daripadanya adalah penerima sijil kelahiran.

“Dalam DUN Asahan ini mempunyai empat perkampungan masyarakat Orang Asli dan jumlah yang menerima MyKad gantian dan sijil lahir hari ini adalah seramai 20 orang keseluruhannya.

“Dan setakat ini, hampir kesemua masyarakat Orang Asli telah dibantu untuk menerima sijil kelahiran dan tukar ganti MyKad baharu cuma masih ada sesetengah bilangan kecil yang masih lambat mendaftar kelahiran namun pemutihan sudah dilakukan.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak JPN bagi mengatasi isu tiada indentiti dalam kalangan Orang Asli di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program MEKAR bersama komuniti Orang Asli, Kampung Gapam Baru di Dewan Komuniti Orang Asli di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misman, Pengarah JPN Melaka, Norazlee Sulaiman dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Melaka dan Negeri Sembilan, Shahrani Idderis.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata menerusi program terbabit, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan dan Pergigian Daerah Jasin.

“Kita juga bawakan Jabatan Kesihatan untuk mereka anak-anak masyarakat Orang Asli  yang masih belum menerima suntikan vaksin bagi umur 6 tahun kebawah,”katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1574
Kongsi :
Previous post Kertas siasatan pengikut ajaran The Ahmadi ke Pejabat Peguam Negara
Next post Taman safari terbesar bakal dibuka di Melaka
Ubah saiz-+=