Sorting by

×

Warga emas, OKU tunai tanggungjawab awal pagi

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TANGGA BATU 19 November – Hujan renyai sejak awal pagi tadi tidak menghalang rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan bangsa menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 pagi ini.

Tinjauan di beberapa pusat mengundi sekitar Parlimen Tangga Batu mendapati warga emas dan orang kurang upaya antara yang mendahului senarai keluar mengundi.

Tidak terkecuali golongan muda yang turut sama mengambil kesempatan untuk keluar undi awal.

Seorang pengundi OKU, Jessica Ong, 27, antara yang teruja dapat menunaikan tanggungjawab buat kali pertama pada PRU15 ini.

Dia yang menetap di Pulau Gadong, membuang undi di pusat mengundi Balai Raya Persiaran Balik Buloh, Klebang.

“Pengalaman pertama ini sangat berharga dan saya sangat teruja menjadi sebahagian rakyat yang berpeluang menentukan masa depan Malaysia,” katanya.

Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tangga Batu Datuk Lim Ban Hong yang selesai membuang undi kira-kira jam 9.30 pagi tadi meminta semua pengundi agar berhati-hati ketika menunaikan tanggungjawab dalam keadaan hujan yang berlarutan sejak awal pagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang turut menyatakan kesediaan untuk membantu rakyat sekiranya berlaku banjir yang menjejaskan mereka untuk keluar mengundi.

“Saya dan pasukan akan terus memantau keadaan dan jika diperlukan, kami akan segera membantu dalam memastikan semua rakyat yang layak dapat keluar mengundi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1503
Kongsi :
Previous post Ab Rauf tunai tanggungjawab sebagai pengundi
Next post Rasa berdosa tak bawa emak pergi mengundi
Ubah saiz-+=