
Warga emas maut terkena renjatan
JASIN, 20 Okt.- Warga emas maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kebakaran rumah di Kampung Lombong Chinchin, di sini, hari ini.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 2.10 petang, apabila mangsa Lee Fu Sing, 70, dikatakan tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya selepas pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya menerima maklumat membabitka kebarakan pada jam 1.30 petang sebelum ke lokasi kejadian.
“Mangsa dikatakan bertindak masuk ke dalam rumah untuk melihat barang-barangnya lalu terjatuh dilantai rumahnya disyaki terkena renjatan elektrik.
“Pasukan EMRS bomba yang berada dilokasi kemudian memberi bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa dan membawanya ke Hospital Jasin,” katanya.
Beliau berkata, sebaik tiba dihospital pegawai perubatan membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia sebaik sampai di Unit Resas selepas kira-kira 40 minit bantuan CPR diberikan.
“Susulan itu proses bedah siasatan akan dijalankan bagi mendapatkan punca kematian selain siasatan lanjut akan dijalankan,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...