
Warga emas maut terjun tingkat 8 UTC
BANDARAYA MELAKA 17 April – Seorang lelaki warga emas maut selepas terjun dari tingkat 8 Pusat Transformasi Bandar (UTC) Bandaraya Melaka, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 tengah hari selepas dimaklumkan anggota polis yang bertugas di kiosk berkenaan.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah terhadap mangsa berusia 81 tahun.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka bagi menjalani saringan COVID-19 dan bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, POL61 turut dikeluarkan bagi mengetahui sebab-sebab kematian.
Terdahulu, pengunjung dan warga kerja UTC Bandaraya Melaka gempar dengan tindakan lelaki warga emas terjun dari tingkat 8 bangunan berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...