Sorting by

×

WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

RIM 22 April – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Simpang Bekoh-Chabau, malam tadi.

Mangsa Yap Ah Lek@ Yap Swee Tak, 78, disahkan meninggal ketika sedang dirawat di Hospital Jasin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Mohamad Rusli Mat, dalam kemalangan kira-kira jam 9.45 malam itu mangsa yang menunggang motosikal bersama rakannya remaja lelaki berusia 19 tahun dalam perjalanan dari Chabau menghala ke Simpang Bekoh manakala kereta Proton Waja pula dari arah bertentangan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dikatakan memasuki laluan bertentangan ketika melalui lokasi kejadian.

“Melihat motosikal itu memasuki laluannya pemandu kereta cuba mengelak namun kedua-duanya bertembung,” katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan itu warga emas terbabit mengalami kecederaan pendarahan dalam perut manakala rakannya pula patah paha dan dirawat di Zon Kuning.

“Bagaimanapun penunggang motosikal disahkan meninggal dunia pada jam 11.45 malam oleh pegawai perubatan ketika sedang menerima rawatan.

“Manakala kedua-dua kenderaan terlibat termasuk motosikal Yamaha Ego ditunggang mangsa kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, pihak polis meminta kerjasama orang ramai atau pengguna jalan raya yang ada menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan sekali gus melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1289
Kongsi :
Previous post TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
Next post LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025