
Warga emas maut, motosikal terbabas
JASIN 19 Oktober – Warga emas maut selepas motosikal ditunggang terbabas dalam kejadian di Kilometer 181 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu mengakibatkan mangsa S. Sukumar, 67, beralamat di Johor Bharu, Johor, maut dilokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, mangsa menunggang motosikal Honda Future dalam perjalanan dari arah Johor Bharu menghala ke Melaka.
“Berdasarkan siasatan awal motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ketika tiba di lokasi kejadian. Setakat ini kemalangan dipercayai tidak membabitkan kenderaan lain.
“Motosikal berkenaan terbalik di tengah jalan, sementara itu mangsa pula tercampak ke besi pembahagi jalan di tengah lebuh raya, dia disahkan maut di lokasi akibat parah di kepala dan badan,” katanya.
Ahmad Jamil berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...