Sorting by

×

Warga emas maut dipukul dengan batang cangkul

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KANGAR, 8 Dis – Seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul dengan batang cangkul dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Abi Tok Hashim, di sini kira-kira 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata mangsa Yeen Baai, 72, ditemukan terbaring di hadapan pintu bilik rumah itu oleh adiknya yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa.

Wari berkata selepas kejadian bunuh itu, adik mangsa didatangi seorang lelaki berusia 34 tahun yang dikenalinya.

“Adik mangsa memberitahu polis bahawa suspek yang dipercayai dalam keadaan mabuk ketika itu telah meminta untuk melihat keadaan mangsa kerana kepalanya berdarah.

“Saksi bersama lelaki itu kemudian pergi ke rumah mangsa yang jaraknya lebih kurang 30 meter dan memasuki rumah itu sebelum menemukan mangsa terbaring dengan kesan darah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, saksi turut melihat serpihan sebatang cangkul yang telah patah di sisi mangsa sebelum bertindak menghubungi polis.

Wari berkata siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersendirian di rumah itu dan kerap didatangi suspek yang ingin meminta rokok daripadanya.

“Mangsa akan melayan suspek dan membenarkan suspek masuk ke rumah dan menghisap rokok bersama. Punca kejadian dipercayai disebabkan isu meminta rokok dan duit oleh suspek,” katanya.

Katanya, suspek yang juga seorang penganggur telah ditahan tidak lama selepas itu dan mengakui terlibat dalam kejadian tersebut.

“Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau direman enam hari bermula hari ini,” katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

615
Kongsi :
Previous post ESSCom tumpas 41 puak dalam Kumpulan Abu Sayyaf terlibat militan, penculikan sejak 2013
Next post ‘Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini- Najib
Ubah saiz-+=