
Warga emas maut dalam kemalangan dua motosikal
BATU BERENDAM 19 Mei – Seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Dato Mohd Zin, berhampiran sebuah pasar raya, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.35 pagi itu, mangsa, Tan Tong, 74, yang beralamat di Taman Mas Merah, Batu Berendam, maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha SRX(K) yang ditunggang mangsa telah melanggar sebuah lagi motosikal yang ditunggang penjual ayam berusia 27 tahun dari arah belakang.
Katanya, pelanggaran itu menyebabkan mangsa telah jatuh dan disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka dan Pol 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.
“Penjual ayam yang tidak mengalami kecederaan turut dibawa ke Hospital Melaka untuk diambil darah bagi menjalankan analisa kimia,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan memandangkan tiada saksi bebas dan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...