
Warga emas lumpuh ditemukan rentung
IPOH, 12 Februari – Lelaki warga emas yang lumpuh ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Kampung Baru, Ayer Tawar dekat Manjung, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dengan bantuan BBP Sitiawan dan Manjung bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 11.41 malam.
Beliau berkata operasi menyelamat itu turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela dari Ayer Tawar, Pekan Baru, Teluk Intan dan Pantai Remis.
“Mangsa dikenali sebagai Loo Leng Wion berusia 90 tahun yang lumpuh ditemukan pada 3.35 pagi berhampiran dengan pintu bilik di tingkat atas rumah kedai berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata operasi pemadaman kebakaran itu masih berterusan sehingga kini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...