
Warga emas ditemukan maut dalam kereta selepas banjir surut
KUANTAN, 3 Mac – Seorang warga emas maut akibat lemas di dalam keretanya yang ditemukan di ladang kepala sawit di jalan utama Felda Selancar 2, Rompin, selepas banjir surut.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan Abdullah Satar, 73, yang merupakan peneroka di Felda itu pada 6.40 petang semalam.
“Berdasarkan siasatan awal, keluarganya mendakwa mangsa hilang selepas keluar rumah sejak Rabu lepas dan gagal dihubungi menyebabkan mereka mencarinya, namun gagal.
“Anak mangsa mendakwa dihubungi rakannya yang memaklumkan kereta Proton Iswara mangsa dijumpai dalam ladang itu dengan mangsa di dalamnya,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Mohd Azahari berkata polis bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah serta dibantu penduduk berjaya mengeluarkan mayat mangsa.
Katanya bedah siasat di Hospital Muadzam Shah, Rompin malam tadi mengesahkan kematian Abdullah adalah disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KONGSI REZEKI, SANTUNI 1,000 PENDUDUK AYER LIMAU
AYER LIMAU 17 Mac - Atas semangat mahu berkongsi rezeki pihak Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau melaksanakan Program...
50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN
KLEBANG 17 Mac - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan,...
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...