Warga emas disamun di hadapan rumah anak di Bandar Tun Razak
KUALA LUMPUR, 26 Mac – Seorang wanita warga emas berputih mata apabila disamun di hadapan rumah anaknya di Bandar Tun Razak di sini, kira-kira 9 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata warga emas berusia 77 tahun itu disamun dua lelaki warga tempatan bersenjatakan parang dan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam.
Beliau berkata kejadian samun yang sempat dirakam orang awam dan tular dalam media sosial itu menunjukkan suspek menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan menggunakan gunting pemotong sebelum melarikan diri menaiki motosikal bernombor pendaftaran palsu.
“Mangsa mengalami kecederaan luka di tangan dan jumlah kerugian dianggarkan RM25,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Idzam berkata polis sedang mengesan dua suspek terbabit dan memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menerusi talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis berdekatan. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...