
Warga asing tidak mengaku buang bayi
AYER KEROH 30 Jun – Seorang warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas tuduhan membuang mayat bayi dalam kejadian Khamis lalu.
Tertuduh, Rana Mohammad Masud, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa telah menyembunyikan kelahiran seorang mayat bayi (kandungan berusia) kira- kira enam bulan dengan cara membuangnya di kawasan semak di kawasan Perindustrian Merdeka, kira- kira jam 5 petang, pada 25 Jun 2020.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan selain menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikah sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Views:
Related

Berita Lain
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PRODUK PELANCONGAN BAHARU
AYER KEROH 18 Mac - Beberapa produk pelancongan baharu bakal memeriahkan sektor pelancongan negeri Melaka bersempena negeri ini bagi menggamit...
LEBIH 2,000 PENJAWAT AWAM MELAKA DIRAI PADA MAJLIS IHYA RAMADAN
AYER KEROH 18 Mac - Lebih 2,000 penjawat awam di negeri ini diraikan dalam Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam...
SENTIASA PANTAU, SELENGGARA LONGKANG DIPENUHI SAMPAH
AYER KEROH 18 Mac - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Jabatan Pengairan Saliran dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan...
964 JUALAN RAHMAH DI MELAKA, CATAT NILAI JUALAN LEBIH RM37 JUTA
AYER KEROH 18 Mac - Melaka terus mengorak langkah dalam membantu rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dengan menganjurkan...
MELAKA LAKAR LEBIH 90 KEJAYAAN DALAM TEMPOH DUA TAHUN
AYER KEROH 18 Mac - Tanggal 31 Mac depan genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
SISA PEPEJAL MENURUN, SISA MAKANAN MENINGKAT DI TAPAK PELUPUSAN
AYER KEROH 18 Mac - Jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sampah seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 2.7...