
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran
GEORGE TOWN, 12 Februari – Seorang wanita warga emas melecur di bahagian tangan selepas dapur di rumahnya terbakar dalam kejadian di sebuah kondominium di Jalan Midland, di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata mangsa, Tan Hong Keok @ Tan Moy Hong, 79, telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.40 pagi sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dihantar ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati ruang dapur sebuah rumah di kondominium itu terbakar dan seorang penghuni iaitu wanita warga emas mengalami kecederaan melecur di tangan dan telah diselamatkan sebelum dihantar ke hospital oleh ambulans.
“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak dalam rumah itu dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
TANDA KASIH DAN SAYANG MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
DUYONG 15 Mac - Seramai 225 peniaga secara sukarela mendaftar dan menawarkan menu bawah RM5 di tiga Bazar Ramadan RAHMAH...
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...