
Wanita warga emas maut dipijak gajah liar di Tawau
TAWAU, 23 September – Seorang wanita warga emas maut dipercayai akibat dipijak seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merota-Kalabakan dekat sini pagi tadi.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi sewaktu mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh, 60-an menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 di sini menuju ke Kongsi 4 Ladang Kelapa Sawit Cenderamata untuk melawat cucu mereka.
Dalam kejadian itu suami mangsa selamat.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau, Primus Lambut berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes gajah liar mengamuk di kawasan Dumpas.
“Gajah ini bukan gajah betina bunting yang sebelum ini pernah dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai kerana gajah itu sudah dihalau ke hutan…gajah ini lain, ia tidak memakai kolar,” katanya lagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...
SISTEM KEMASUKAN KE MRSM, SBP AKAN DISELARAS MULAI JANUARI TAHUN DEPAN – TPM AHMAD ZAHID
LENGGONG 20 April - Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai...