
Wanita warga emas maut dipijak gajah
KLUANG, 3 Ogos – Seorang wanita warga emas maut dipercayai dipijak gajah di kebun getah Felcra Batu 29, Kahang, berhampiran Kampung Sri Lukut di sini hari ini.
Ketua Kampung Sri Lukut Yusuf Ibrahim berkata Misirah Saniman, 75, yang hidup sebatang kara di sebuah rumah berhampiran kebun getah itu diserang sekumpulan kira-kira 10 gajah yang dipercayai mula memasuki kawasan kebun getah berkenaan tengah malam tadi.
“Misirah dipercayai diserang ketika menoreh getah tidak jauh dari rumahnya kira-kira 7 pagi tadi sebelum ditemukan meninggal dunia di lokasi itu.
“Mayatnya kini ditempatkan di Klinik Kesihatan Kahang sebelum urusan pengebumian dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Yusuf berkata satu laporan kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Kahang serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kluang untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...